Hidup ini apa?

11:40 AM

Hari tu aku ada dengar orang kata..sapa eh...ish penat ingat...
oooo Paknil kot ey...
yang dia buat ayat farewell utk kumpulan NICE masa Maharaja Lawak Mega 2017 hari tu...

Dia kata persembahan ni macam buat kayuhan...sejauh mana kita kayuh..selaju mana kita kayuh...satu masa kita perlu berhenti bila dah tak mampu..

so pagi tadi aku pun rasa hidup ni macam kayuh basikal..sebab aku sendiri yang kene kayuh untuk sampai ke destinasi yang aku nak tuju...
tapi kejap2 aku rasa macam berlari kat trek...yang aku ni ade trek sendiri..and pelis jangan la nak masuk2 atau intai2 trek org lain..hahahha nampak sangat suka stalk FB org kan....huhuhu

hidup ni mcm kayuh basikal...
Berapa laju kita kayuh...
Berapa konsisten usaha kita kayuh...
sampai mana kita sanggup kayuh...
jauh mana dah kita kayuh...
kemana kita nak kayuh...
berapa kali kita rehat sebab penat kayuh..

Ada orang kata hidup ni mcm lumba lari kat balapan...
Eh betul juga...masing2 ade track masing2...
Jgn sibuk tengok orang lain..
Karang tergolek mcm kucing jatuh guling guling...

Yang pasti kayuh basikal ke...hatta lumba lari pun...semuanya akan ada 1 masa penamatnya...
Agak2 macamana kita nk bila saat tu nanti?
dirai dipuji atau dikeji dimaki?

RESEPI : Pak Choy sedap

2:34 PM



Alhamdulillah dikurniakan anak anak yang pandai makan sayur.. tapi kenapa ey nak anak makan sayur...hahhaa eh tapi bagus jugak sbb sayur murah sikit..huhu

okay resepi Pak Choy tanpa minyak insyaallah sedap

Bahan bahan:

** 3 ulas Bawang Putih
**1 sudu sos seafood adabi
**4 rumpun pak choy
**sebiji telur
**garam dan lada sulah

Cara cara:
>>Reneh bawang putih yang diketuk dlm sedikit air
>>masukkan sos seafood adabi
>>masukkan sayur, besarkan api dan tutup kuali supaya sayur lembut
>>dlm 5 minit bukak tutup kuali dan masukkan sebiji telur yang dah dikacau manja2..
>>perasakan masakan dgn garam dan ladasulah jika perlu.


RESEPI : Sambal Kacang Ayam version pagi terlajak

2:27 PM

Rasanya keperluan la simpan resepi..dulu2 mak pun simpan resepi juga...bapak je yang macam takk de simpan resepi...sampaikan bila dia meninggal...rindu rasa je yang tinggal...huhu ish..kalau rindu..sedekahkan al-fatihah...jadi anak sholehah ye zeha...

Okay...ini resepi sambal kacang ayam..version bangun terlambat..tapi mmg layan..sedap dia sama je macam bangun pagi2 sangai2 kacang semua..hehe

Simpan siap2...sokmo lupa bila nk masak semula...


Resepi sambal kacang ayam
Bahan bahan:
**8 ketul ayam
**Halia
**Lengkuas
**Serai
**Udang kering
**200gm sambal pecal #pecalWakIna perasa biasa biasa aja

Cara memasak:
>> Renih ayam dalam kuali utk kecutkan ayam / buang airnya..
>> Tumbuk halia, lengkuas, udang kering dan ketuk serai.
>> Campurkan dengan ayam yang dah kecut tadi
>> Masukkan air dan biar sebati...agak2 dlm 10 minit renihkan...rasa2 la..hopefully tepat rsanya

selamat hari lahir

12:42 AM

Rasa macam takut nak tidur hari ni...
Kurang solat
Kurang mengaji
Kurang sedekah
Kurang bercakap baik baik
Kurang fikir baik baik
Kurang menjadi kawan yang baik
Kurang berbakti pada keluarga
Kurang sabar
Kurang redha
Kurang ikhlas
Kurang jujur
Kurang kurang kurang
kurangnya ibadah
Banyaknya lagho..
...allahu...ampuni daku..maafkan khilafku..banyaknya nak list...😢😢

manusia...maafkan aku...halalkan keterlanjuranku...

Tambah 1 angka...kurang 1 masa...

Selamat hari lahir. Moga allah beri sebaik2 tempat rehat dan sebaik2 tempat kembali buat emak dan bapak...juga buat daku,suamiku,zuriat keturunanku,ibu dan bapa mertuaku, adik beradikku, keluargaku dan kamu semua nanti...

Moga allah rezekikan segala kebaikan buat emak..bapak..adik beradik...kita dan kamu semua...

Pemecahan Lemak Pertama 2017

12:26 PM

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah hari ni hari sabtu 14/1/2017...dah 2 minggu 2017..baru dapat usahakan  salah 1 azam 2017!hahha

hopefully kekal istiqamah n jadi rutin yang tak ditinggalkan...hehe




Dani Mikail: Tahun kedua di Taski ABIM Saidatina Fatimah

1:09 PM



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah 3/1/2017 Dani Mikail successfully done his first day... 2017 Dani Mikail sekolah full day. start 8 AM until 6PM. Alhamdulillah masih di TASKI ABIM yang sama..kenapa tak tukar sekolah?

The main reason sebab lokasi...depan rumah je beb.hehe

Actually ammi punya impian nak anak yang huffaz quran..jadi pembimbing kesyurga diakhirat nanti. Semoga Dani Mikail jadi hamba Allah yang cerdik, berdikari, bertaqwa, ikhlas, sabar, amanah dan bertanggungjawab. Option yang ammiy ada kat Serdang untuk tujuan itu insyaallah banyak... Ade Brainy Bunch, ABS, APC, Little Caliph, Taski ABIM n PASTI..tengok...ammiy susun ikut harga...hahaha kat Serdang ni tadika berbayar memang banyak...tapi...Ammiy rasa seratus dua ratus lebihan tu baik simpan dulu..insyaallah ade keperluan dia dimasa hadapan...

Taski ABIM kat kawasan Serdang ni ada 3...Bukit Belimbing, Saidatina Fatimah n Hajar (associate partner). Diantara 3 Taski ni...Saidatina Fatimah paling ramai murid...2016 ade lebih daripada 50 murid! ramai tu. Tenaga pengajar 6 orang, tak termasuk pengurusan (3 orang). 

Actually study plan dia mcm tadika islamik standard...bukan lah mcm tadika2 masa kini yang ada assesment utk motor skill, left and right brain development semuua tu...actually semua tu ada..cuma tidak dihighlight.

So far sepanjang tahun lepas ammiy tengok banyak perubahan positive kat Dani Mikail.. Daripada penyegan sentiasa menyorok Dani Mikail dah pandai berkawan..Siap boleh berlawak ngan stranger lagi..hahaha kelakar la awak... Kenal huruf...boleh menulis, mengaji.. Sebab ammiy tak pernah home schooling awak..so ammiy rasa there's huge improvement on you! big clap anak sholehku!




Menjadi Baik

AZAM TAHUN BARU

12:16 PM

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Allah masih beri rezeki untuk bernafas dan menikmati hidup di dunia ini sebagai muslim. Banyak nya cacat cela, dosa dan khilaf aku ni sebagai hamba Allah tapi alhamdulillah... Allah masih tidak putus-putus beri nikmat dan rahmatnya.

Terima Kasih Allah untuk suami yang cuba menjadi baik, memahami..untuk anak2 yang baik, pintar, memahami...Keluarga yang baik...kawan-kawan yang baik...Walaupun selalu hati aku ni nakal dan bercelaru..marah-marah, merungut dan hilang ikhlas...betapa tak bersyukurnya aku ni kan..padahal kalau toleh kekanan pun dah boleh nampak betapa baiknya Allah pada aku ni..direzekikan dengan orang orang yang baik. Jangan jadi orang tak kenang budi sangat boleh!huhu

Aku ni memang bukan jenis manusia yang muhasabah..Selalunya bende yang dah lepas tu lepas camtu jek...kononnya nak post morterm..tapi hampeh. Akibatnya umo dah banyak camni pun masih camni jugek..huhuhu

Jadi sempena tahun baru ni..which is sebenarnya aku dah rasa nak buat bende ni sejak tahun baru hijrah 2014 lagi *lama gilak delay* aku nak usahakan tulis...stadi balik..huhu moga2 jadi hamba Allah lebih baik...Isteri lebih baik...Emak lebih baik...Anak lebih baik..Saudara lebih baik...kawan lebih baik...huhu

Azam tahun baru 2017 aku adalah:
Untuk jadi hamba Allah lebih baik:
1. Mengaji atleast 1 halaman setiap lepas waktu solat...
2. Bangun awal. siap awal. solat awal. tahajud tak tggal.
3. Cakap n doa yang baik2
4. Hati sentiasa berzikir.

Untuk jadi isteri lebih baik:
1. Jadi best friend Sham...huhu which is aku dah triggered masalah aku ni..aku tak boleh nak feel easy n support bila dia bercerita...apetah lagi kalau berdiskusi ngan dia..sampai 1 masa aku perasan senyuman dia lebih manis bila dia dengan orang luar. mean hati dia lega la kan..huhu
2. Make sure laki aku sihat.. jom fit 1Malaysia..ehehe

Untuk jadi emak lebih baik:
1. Jadi good role model n best buddy utk Dani Mikail n Maryam Imani..Ini mmg kuharap..takut sangat 1 day jadi jauh ngan diorang..Kurangkan marah marah and cuba paham jiwa diorang..eceihhhh
2. Ada masa berkualiti untuk diorang

Untuk jadi anak yang baik:
1. Projek tabung arwah bapak.

Eh kan dah betul..aku ni memang ade masalah nak menaip...huhu nanti aku kene taip lagi...tapi yang ni kene teruskan dulu..ehehe selamat tahun baru zeha!


Pokok Kenaf

11:14 AM

Keperluan tanaman
 • Kenaf boleh tumbuh di atas pelbagai jenis tanah iaitu daripada tanah liat hingga ke tanah peroi. Tanah yang paling sesuai untuk tanaman kenaf ialah tanah jenis peroi berpasir yang bersaliran baik dengan kandungan humus yang tinggi dan berkemampuan tinggi untuk menyerap air. 
• Suhu optimum untuk pertumbuhan ialah 25 – 28 °C, jumlah hujan 240 – 490 mm dengan taburan yang rata semasa kitaran pertumbuhan selama 4 – 5 bulan.
 • Tahap pH tanah yang optimum ialah 5.5 dan 6.5.
 • Tanaman ini peka terhadap jangka masa siang dan berbunga apabila waktu siang kurang daripada 12.5 jam. Semasa mula berbunga, pertumbuhan pokok berkurang dengan ketara, atau terus berhenti. Bagi mendapatkan hasil yang baik, seelok-eloknya kenaf ditanam pada musim hujan melainkan jika sumber pengairan disediakan.

sumber: http://ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/kenaf.pdf


anak soleh

#Terapi asmaulhusna: doa buat anakku

10:58 AM

"Ya Allah, Ya Hafiz, Ya Muhaimin...
Wahai Tuhan yang maha melindungi zuriat keturunanku daripada perkara yang mendatangkan kemarahan-Mu.
Saya tiada daya kuasa dan tidak mampu melindungi zuriat keturunanku sendiri melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah"


makanan Jiwa

Membeli Masa Cara Yang Saya Suka...

3:07 PM

Time sibuk..sibuk melampau...
cuba buat 5 langkah mudah ini.
lepas 10 minit buat, baru Zeha
akan sedar.. ohh TAK SIBUK Pun!
abes, awat aku rasa jem sgt kepala ni?

.

walaupun dah biasa buat... step ke 5
mungkin belum biasa.

di dalam bentuk jadual, 3 column..
1- Tuliskan SEMUA perkara yang Zeha
rasa menyibukkan sangat tu

2- Tuliskan juga bila dateline

3- Tuliskan berapa lama agaknya
masa yang diperlukan untuk siap
1 jam? 5 minit? 1 hari?

4- Lepas selesai tulis segalanya,
masukkan dalam organizer, bila nak buat tu

5- Follow organizer tu. Tapi mulakan dengan
baca alquran. Niatkan,
"Ya Allah, saya ada banyak keje ni..
Allah tolonglah lapangkan masa saya..
Allah tolonglah bantu uruskan masa saya..
Allah tolonglah bagi saya fokus..
Allah tolonglah bantu org lain yg terlibat
saya mahu lebih masa bersama Allah..
untuk mendapat redha Allah..
dan kasih sayang Allah..
thank you Allah..
sebab sayang saya..


then baca Quran dan mulakan tugas anda..
PASTIKAN ADA BUKU QURAN DI MEJA SETIAP MASA.


ops!!! jangan tangguh!

**credit kepada Husna Haron 
husnaharon@formulamasa.com

Menjadi Baik

Perkara Hebat Nabi buat yang saya mesti boleh buat juga

5:30 PM


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah

Allahuakbar jauhnya saya nak capai syurga...moga2 hari ini yang berbaki saya jadikan lebih baik dan esok esok lebih baik daripada hari ini.

Terima Kasih kepada yang berkongsi

SELAMAT TAHUN BARU 1438H

12:05 PM

Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk sama-sama meraikan tahun baru hijrah di Maeps, Serdang. Mikail & Maryam memanglah sangat teruja..dapat naik trem..dapat tengok perarakan..dapat dengar selawat...dapat lambai Dato Jamil Khir Baharom...hahhaa


Masuk tahun baru..azam patut baru...saya sepatutnya menjadi hamba Allah yang sholehah, isteri sholehah, ibu sholehah, anak n adik sholehah..sahabat sholehah... demi agama Allah n diri saya sendiri..moga2 pengakhiran kita baik2 sahaja dan syurga abadi milik kita.






Asam Kunyit Kerdaton

Agen Jamu Asam Kunyit Royal Kerdaton

11:12 AM

 JAMU KUNYIT ASAM - ROYAL KERDATON

Jamu Kunyit Asam ini merupakan produk terbaru keluaran Etika Sihat Sdn Bhd yang juga merupakan parent company kepada Riverstone Eco Resort.

Jamu ringkas adunan dari bahan alami terdiri daripada :
-Kunyit, Halia, Asam Jawa
-Temulawak,Temuireng,Temukunci
-Lempoyang, Daun Sirih, Gula Batu
-Majakani, Cekur
-Rempah Terpilih dan Air Bertapis.

Merupakan Jamu Warisan tradisi yang amat popular dikalangan masyarakat jawa yang mana pada asalnya diminum semasa dalam pantang dan dinamakan Wejahan. Selain fungsi utamanya untuk memberikan kesegaran badan dan membuang angin, jamu ini juga sesuai untuk :
- Mengurangkan masalah berat badan
- Membuang angin
- Menghindarkan kanser
- Menaikkan seri wajah
- Melancarkan haid dan mengurangkan senggugut
- Menambahkan kesuburan
- Mengurangkan bau badan
- Menambah air susu utk ibu2 yang menyusukan, dan pelbagai lagi khasiat dan kebaikannya. 
Kunyit juga berfungsi sebagai antioksidan dan juga antibiotik.



Jamu Kunyit Asam 450ml @ RM20.00 sebotol.




Diminum 2 kali sehari iaitu 50 ml pagi dan 50ml sebelum tidur

Untuk menepati citarasa semasa dan boleh diminum oleh semua lapisan umur serta jantina, pihak kami telah menginovasikan jamu ini lebih kepada rasa jus enak yang boleh dinikmati setiap masa oleh sesiapa sahaja.

Ianya juga enak untuk dicampurkan didalam minuman kegemaran anda. Tea, tea tarik, kopi juga kopi o...lebih umpph jika diambil sejuk.



Rasainya pagi yang penuh dengan kesegaran dan keceriaan. Tiada lagi lenguh, sengal, penat dan malas. Cuba la sebotol hari ini....anda pasti inginkannya lagi. 

Hubungi norzaiha: 013 241 94 84 untuk pembelian

sumber: http://riverstoneecoresort.blogspot.my/2016/08/jamu-warisan.html

anak soleh

Dani Mikail: Hari Pertama di Taski ABIM Saidatina Fatimah Sri Serdang

3:25 PM

Seorang emak memang manusia biasa...banyak kadang rasa marah n fikir indahnya suatu masa dahulu...jaga diri sendiri tanpa kisahkan sesiapa disekelilingku..

Tapi anak itu anugerah..tiada mereka hilang 1 nikmat buatku..Bagaimana deepnya doa pada yang Esa mohon dianugerahkan kamu..begitu lah juga deepnya doa moga Allah jaga kamu..didekatkan hatimu dengan hatiku..berkongsi rasa dan peristiwa...sama-sama berjuang menjadi hamba Allah yang mengejar syurga..berjaya diakhirat juga berjaya didunia...

Dani Mikail..

Alhamdulillah dah 9 bulan gambar ni..hehe kalau mengandung..tgh tunggu hari beranak la..hehe mama simpan pic ni konon untuk simpanan masa hadapan...tapi asyik lupa je..hehe

Ini pic hari pertama mikail g Taski Abim Seri Serdang..alhamdulillah banyaknya perubahan Mikail since then..mama syukurrr sangat. Kiri tu muka kat sekolah..acik fiza hantar..yang kanan tu muka release dapat g umah wan..hehe


Ingat tak...hari pertama 4/1/2016. Abbiy hantar mikail g sekolah..tak pakai selipar..hehe angkat je terus g sekolah..nasib baik sekolah depan rumah je..hehe

Awak adalah sangat excited sebenarnya nak pegi sekolah..nak berkawan. Ammiy pun sangat excited nak awak bersekolah..duduk rumah Wan ade Amsyar, Iman, Maryam, Mira ngan Ina je kan..Awak macam sangat introvert..dengan sepupu sendiri pun xpandai nak berkawan...hehe

Alhamdulillah everything goes well first day tu...awak nangis sikit2 je...I know you can do it..biasalah tempat baru memang kekok sikit..Ammiy pun selalu rasa camtu..hehe *kantoi*

Balik tu Ammiy ambil n hantar awak ke rumah wan..awak memang sangat seronok..tapi awak beritahu awak belum ada kawan...*Ammiy sangat sedih*

Sampai rumah wan kebetulan ade uncle Saifullah depan rumah wan..hantar abang azim..memang rezeki dari Allah kan...so mama set minta uncle Saifullah ambil Mikail for the whole year...Bermulalah episod Abg Irwan transport Mikail ke rumah wan..Alhamdulillah things goes well.

Eh...ingat tak..on the second day tu..awak tak nak naik van!hehe ye lah 1st time nak naik van kan..walaupun before tu awak jugak yang cakap nak pegi sekolah naik van!hehe Alhamdulillah Ammiy berjaya convince awak untuk naik van and Ammiy ikut dari belakang..hehe itu memori indah tau! Walaupun jauh disudut hati Ammiy rasa jahat sebab membiarkan anak 4 tahun ku..naik van sendiri..semoga Allah menjagamu anak! semoga menjadi anak yang berdikari dan sentiasa mencari redha Allah...

Breast pump review: autumnz marvel

3:56 PM

Zaman sekarang ni..kalau bapak bapak sibuk kan gadjet phone..mak mak yang menyusukan anak sibuk ngan gadjet pump susu..hahhaha

Saya pernah try Autumnz Marvel..try ni sebab nak bertukar breast pump masa tu..niatnya nak cari yang murah, mudah & mobile.

Apa yang saya jumpa:

1. Bunyi agak kuat
2. Parts agak banyak
3. Overflowed!huhuhu





Hantaran Perkahwinan

3:49 PM

Hantaran perkahwinan ni dianggap antara perkara penting di dalam sesuatu perkahwinan...Adat...n akibat!haha

Ikut adatnya kene ada hantaran...dibawa oleh dayang-dayang yang cantik rupawan, baju color sedondon dengan fesyen paling latest dipasaran. Syiokkan..yang melihat macam berada dikayangan..mau tak nye..diorang masuk siap ada bunyi bunyian, kadang kadang lampu pun digelapkan...haha

Akibatnya?? berhabis duit bergolok bergadai..hahaha tapi ok la.atleast ade gak bende kita bg kat kawan-kawan sebelum kita melangkah ke alam yang lain..eh macam alam jin pulak bunyi dia..hehe

Tapi nak cerita pasal hantaran ni..saya tengah fikir konsep2 yang bersesuaian nak buat hantaran perkahwinan ni...

Sub tajuknya: hantaran perkahwinan untuk perempuan...
Tema Colornya: Biru Navy (macamana biru navy ni pun xdapat nak fikirkan ni)
List Hantaran:
1. Handbag
2. Kasut
3. Jubah
4. Barang Peribadi - Kosmetik
5. Kain Pasang
6. Sejadah
7. Buah
8. Nasi Wajik
9. Coklat

Contoh hantaran:



Jamu Kunyit Asam Royal Kerdaton yang sedap

2:33 PM

Pernah tak rasa lenguh-lenguh 1 badan?
Pernah tak rasa seram sejuk?
Pernah tak rasa sakit kepala?
Pernah tak rasa kat bawah tu basah je?

Dulu kakak selalu ingatkan...kalau rasa tu..

ambil kunyit + Asam Jawa + Halia + serai + cekur + sireh = rebus..
ambil airnya tambahkan madu / gula perang. sedap n insyaallah masalah masalah tu hilang...

tapi sejak2 ni.. M.A.L.A.S... beli ini je...

Harga: RM20

Rasa dia?? masam manis madu halia kelat segar..semua rase ada..hehe sedaap!

Bahan dalamnya?
Kunyit, Asam Jawa, Halia, Temulawak,Temukunci, Temuireng, Lempuyang, Cekur, Manjakani,Sireh,Madu,Gula Batu, Rempah Terpilih & Air Bertapis.

Insyaallah halal..insyaallah sedap.


Saya agent area Serdang sampai ke Cyberjaya..hihi
0132419484 - zeha

Jamu Kunyit Asam

2:33 PM

KHASIAT JAMU YANG DIAKUI SEJAK LEBIH 500 TAHUN DAHULU

Resepi minuman herba tradisional, pusaka warisan leluhur di Pulau Jawa dan dibuat secara ‘’homemade” di Malaysia 🇲🇾.Khasiat Jamu Kunyit Asam ini adalah :


🍀Membantu mengurangkan pembentukan sel kanser
🍀Membantu melancarkan haid
🍀Membantu masalah sengugut
🍀Membantu mengurangkan  bau badan
🍀Membantu meremajakan kulit & anti penuaan
🍀Membantu mengurangkan jerawat &  jeragat
🍀Membantu menaikkan aura seri muka
🍀Membantu menurunkan berat badan
🍀Membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah
🍀Membantu membuang angin dalam badan
🍀Membantu mengurangkan sakit sendi &  lenguh badan
🍀Membantu memantapkan miss ‘v’
🍀Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin
🍀Membantu masalah keputihan dan memcuci darah kotor dalam badan
🍀Membantu menstabilkan hormon
🍀Membantu menambah kesuburan
🍀Membantu kekuatan minda
🍀Membantu mengurangkan allergies & Alzheimer.
---------------------------------
---------------------------------

Back to Basics & 100% Natural.                                                                                                       Tanpa Pengawet, Tanpa Pewarna atau Perisa Buatan.
450ML ( 15.2 fl oz )
RM20

RAMUAN:                                                                                                                                               Kunyit, Asam Jawa, Halia, Temulawak,Temukunci, Temuireng, Lempuyang, Cekur, Manjakani,Sireh,Madu,Gula Batu, Rempah Terpilih & Air Bertapis.

------------------------------------------------------------------
CARA PENGAMBILAN:                                                                                                                                                     
🌸Minum 50ml 30 minit sebelum sarapan & sebelum tidur.                                                           
🌸Minum Banyak Air Kosong.                                                                                                               
🌸Goncang pada kadar sederhana sebelum minum.                                                                               
🌸Simpan di dalam peti sejuk.                                                                                                                                                 
PERINGATAN:
Jamu dikosumsi  secara tradisional.                                                                                                           Dapatkan khidmat nasihat pakar jika masalah kesihatan berlarutan.

Become an Investor

4:45 PM


 “If you want to be rich, just find out what everyone else is doing and do the exact opposite.”
-rich dad poor dad

One of the things you need to become an above-average investor is a plan.
When you think about your plan, here are five things to consider:
  1. Take your time.
  2. Ask yourself, “What do I want for my life?”
  3. Don’t solicit input from anyone else until you determine your goals.
  4. Find a mentor—someone who has done it before and was successful.
  5. If you’re going to do it, do it. Don’t just talk about it.

Ingin Berubah

11:26 AM

1. Strategy
2. Story - Cerita perkara positive kepada diri sendiri sehingga believe
3. Take massive action - ambil tindakan besar besaran

--Abd Aziz Riadi

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images