Bermanja manjaan

9:09 AM

aku mungkin jadi pelupa,

maka bila jumpa list camni, baik masuk kat blog sendiri :) harap dihalalkan...huhu
terima kasih daun keladi anamarzablog

******************

Gurauan Secara Spontan : Ce praktikkan!!!

Kalau kita tanam pokok yang berbuah dan nak pokok tu tumbuh elok, cantik, subur dan mengeluarkan bunga dan buah yang baik dari segi kualitinya perlu la ada usahakan. Paling tidak pun siram , letak baja, jaga dari diserang serangga perosak , dan sebagainya la kan.

Camtu jugak dengan hubungan kita dengan pasangan kita, jika tiada usaha dan doa untuk kebahagiaan bersama... hubungan tu boleh jadi hambar, sekadar terjalin atas dasar tanggung jawab semata semacam kurang lengkap.



So pekata sekali sekala praktikkan tips dibawah untuk menyemarakkan lagi kasih sayang korang suami isteri.Perlu diingat ada sesetengah tips dibawah tidak sesuai sma sekali dilakukan dihadapan anak-anak ya. So pepandai la nak praktikkan tips dibawah pada masa , tempat dan keadaan yang sesuai ya.
  • Mencuit 
    Cuit mencuit boleh dilakukan pada bila- bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tegang semasa membuat kerja, cuit- cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit stressnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian
    fikirkan,jika semasa anda ganggu itu, okey atau tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tak kena gayanya, bukannya dapat menambahkan kemesraan tapi malah pelempang naik ke muka. Bukankah naya namanya.

  • Kenyit mata
    Sekali sekala kenyit- kenyitlah mata itu pada yang tersayang.  Mungkin pasangan akan rasa pelik dan ingat kita buang tebiat tapi dalam masa yang sama akan menerbitkan tanda tanya seolah-olah kenyitan kita tu sebagai isyarat tertentu. Ce try dan lihat apa respond pasangan korang!!
  • Memegang tangannya
    Tiada salahnya minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurnya barang itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas tu pura- puralah minta maaf ops, maaf terpegang.Tak sengaja. Kalaulah ini anda lakukan, pasti dia akan melirik manja kepada anda. Mungkin kelihatan seperti adegan lakonan aksi romantis dilayar / dalam drama sahaja tapi tak salah bukan mencuba?
  • Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
    - Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah sikit untuk melakukannya. Sekali- sekala, semasa mandi, bukalah pintu sedikit saja, jangan besar sangat. Bukalah cukup- cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sedikit kan lebih seronok daripada nampak banyak. Kemudian, buat- buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Baru ada feel.
  • Ops, maaf terpegang
    - Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin- rajin gerakkan tangan kononnya tersentuh. Cara ini agak sudah basi tapi tiada salahnya asal anda bahagia. Kalau cuma anda berdua di kereta misalnya, seronok juga menyakat nak masuk gear, ops terpegang tangan dalam nada ala-ala bergurau.
  • Urut- mengurut
    - Sekali sekala apa kata kalau anda urut- urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah bila- bila masa saja misalnya semasa menonton tv atau semasa berbual.
  • Usik melalui telefon
    - Kalau ada masa, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnnya dan kononnya hendak bercakap dengan seseorang. Buat seperti tersalah nombor. Lepas itu, usiklah dia biar dia marah. Bila sudah sampai di kemuncak perbualan dan si dia memang sudah marah, anda perkenalkanlah diri. Tentu menarik. Tapi biarlah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula yang dimarahinya. atau boleh juga buat-buat tersilap dail dan sebelum memutuskan talian ucapkan perkataan I love U or I miss you tak pun paling tidak sebut take care pasti berbekas dihati pasangan nanti.
  • Suapkan makanan
    - Bukan cuma anak- anak mau disuap. Si dia pun sekali sekala mau juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradab masa bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia barulah mesra.
  • Betul- betulkan rambutnya
    - Kadang- kadang terlalu sibuk buat macam- macam kerja sampai diri sendiri tidak terurus. Bolehlah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul- betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman, wah romantiknya. Jika pasangan sudah berumur buat-buat la selak rambut pasangan kekonon nak cari uban biar pun tak de tak slah membuatnya kan?
  • Jalan macam itik
    - Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, ubah sekejap cara anda berjalan. Biar lemah lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
  • Eh tuala terlepas
    - Jika melihat si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju lepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat- buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti besar matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tapi tidak menyangka. Lepas itu terpulanglah kepada anda.
  • Jeling- jeling
    - Kalau tenung lama- lama nanti orang marah. Malah itu cukup menjengkelkan. Jadi demi tidak menyakitkan hati orang, sebaliknya menambat hati si dia, jeling- jeling sajalah. Jeling dan senyum manja!!!
  • Cubit- cubit
    Cubitan itu biarlah cubit sayang. Janganlah pula terlampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti lain jadinya.Elok- elok nak bergurau senda, akhirnya jadi perang.
  • Gesel badan
    - Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu- malu untuk terbergesel dengan si dia. Tak payahlah mau mengelak, lagi rapat lagi bagus, sambil gesel sambil tangan menjalar/mengusap! Selain boleh meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh menjadi mukadimah untuk hubungan seterusnya.
  • Hembusan lembut di telinga
    - Nampak gampang dan jarang dilakukan namun besar maknanya. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. 
  • Ciuman di dahi
    - Kalau yang ini dilakukan, pasti ramai yang cemburu. Wah mesranya pasangan itu. Jadi jangan tunggu lama, lakukanlah taktik ini dan anda akan dapat rasa sendiri perubahannya. Elok dipractikkan sebelum berpisah ke tempat kerja.
  • Sembur wangian dii bilik
    - Rumah adalah syurga keluarga. Oleh itu pastikanlah rumah anda sentiasa bersih dan wangi. agar tiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda akan tenang. Bila sudah tenang, segalanya akan terasa lebih mudah.
  • Tolong betulkan baju
    Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah natara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang kerana masing- masing terkejar- kejar takut lambat ke pejabat. Bagi yang ingin kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul- betulkan pakaiannya biar lebih kemas.
  • Bisikkan kata romantik
    - Sedangkan berkias juga boleh romantik , apalagi kalau yang terus terang. Bisikkan pada telinganya pada mood yang sesuai. Mesti dia akan tersenyum lebar.
Cara ini memang spontan dan seronok dilakukan, tapi ada tapinya, jangan dilakukan selalu. Ia hanya boleh dilakukan SEKALI- SEKALA sahaja baru ada auranya. Selamat mencuba.

******************



Lelaki ke Perempuan ni...?

4:56 PM

Sejak sejak perut dah tambun ni...mula la orang tanye...

     bila due?
         boboi ke gegel?
yang pasti... kitorang pun tak tau..redha jek anak lelaki atau perempuan yang Allah nak kurniakan...syiok wooo...hari hari duk hitung detik...bila la sayang ammi ni nak say assalamualaikum ke dunia ni :) mudah mudahan sihat, sempurna dan dipermudahkan proses kelahirannya....

yang pasti...sham siap mimpi dah nama untuk boboi..huhu (ade 6th sense ke ape...hoho) jadiknya..aku ngan gelojoh xmo kalah...nak jugak nama anak pompuan...hehe



Dani Mikail
VS

Cahaya Delisha

Ingat ingat jangan lupa

5:26 PM

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga

36th weeks

4:12 PM

Alhamdulillah...ku panjatkan syukurku kehadratmu tuhan...dengan limpah kurniamu serta kasih sayangmu dan redhamu, janin ini membesar di dalam rahimku~~


Ya Allah,
dengan rahmatmu Tuhan,
Ku mohon kau permudahkanlah urusan kandungan ini....
Ku mohon kau sihatkanlah bayi di dalam rahim ini...
Ku mohon kau sempurnakanlah kejadian fizikalnya...
Ku mohon kau lahirkanlah dia dengan mudah, selamat, sihat dan sempurna.

Ya Allah,
Kau jadikanlah dia anak yang bijak & berakal,
Berilmu dan mengamalkan ilmunya demi redhamu,
Lembutkanlah lidahnya mengesakanmu,
Luruskanlah hatinya teguh di jalanmu,
Menghormati kami sebagai Abi dan Ammi selayaknya,

Ya Allah,
Lindungi kami sekeluarga,
Dari kejahatan disekeliling kami,
oleh kejahatan jin dan manusia....~~


Wacom Bamboo punyai saya

10:56 AM

Saya ada wacom bamboo..!walaupun murah tapi amat bermakna buat kami...1st day bawok g opis orang orang orang mau try guna ;)

Ini tangan pertama yang gatai meluahkan rasa gatal tangannya...hehe



berbual - bual

3:52 PM

**Jangan suka mengkritik
***Jangan suka cerita keburukan sendiri
**Jangan malas lap tangan sebelum berjabat tangan
***Jangan hilang fokus masa berbual
**Sentiasa positive
***Jangan banyak cakap tapi banyak tanya
**Jangan bermuka masam

Matahari

12:07 PM

"Sesungguhnya kenyataan Dia itu benar dan hanya Dialah sebenar benar keagungan..."


Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images