Sungai Klah, Sungkai

3:12 PM

Jemputan kenduri kawin di Kuala Kubu Bharu...
Tapi cemana boleh sesat sampai Sg Klah pun tak tau....

Peta Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sg Klah
pool yang bukan air panas

pool yang bukan air panas ade slide woo
sebelum buat keputusan bawak anak menslidekan diri

pool yang bukan air panas agak saujana mata memandang

tempat merebus telur...
pool yang air hangathangat...dilarang berendam melebihi 30minit!

Cubaan Menjadi Pekerja TerNow

9:11 AM

Aku rasa sebelum kau nak mengeluh pasal company kau lambat bayar gaji,
tak naik naik gaji,
tak bagi bonus tahun ini...
Baik kau audit diri...
Berapa banyak masa kau guna untuk diri sendiri....
Culas dalam menyelesaikan tugas hakiki
Belum lagi bukak cerita kau melepak dikedai kopi...

MakananPerut

Nasi Ayam Gemas Mustafah Putrajaya

9:16 AM



Nasi Ayam Gemas Mustafah di Presint 15 Putrajaya
Nasi + ayam (stim) sedap cukup rasa
Punyalah lama simpan niat nak makan kat sana
Nasib baik ada wawa
Selamba ku heret dia ke sana

Tapi yang buat lagi sedap bila Ayeen adik taukeh belanja
Dah lama tak jumpa
Aku gembira kau makin berjaya
Kau cakap nak kawen bulan tiga
Aku doa doa semoga kau bahagia
Dan sentiasa membahagiakan c dia




Beza Terdidik & Terpelajar

11:10 AM

kenapa dulu dulu nama kementerian pendidikan...
sekarang tukar kementerian pelajaran?
patutla mangkin ramai orang terpelajar tapi tak terdidik...
tak tahu mana jahat mana baik...

tengok sijil tinggi melangit...
tapi cakap ngan orang terjerit2..

Antara Emosi Fikiran & Tindakan

5:30 PM


Ada apa dalam fikiran kau,
Habislah...ia sudah merubah emosi,
Lalu kau ambil tindakan...
Hasilnya??
baik atau buruk...dah itu yang kau lakukan...face it as an adult!
hadapi ia dengan tenang sayang!

Ibu bapa pendosa

5:13 PM

Ada anak memang menyeronokkan...
Kalu abbiy balik lambat ade gak kawan...
kalu pegi kenduri kawin boleh la mengelat tak buat keje, kunun anak tak boleh ditinggalkan!hoho

tapi mendidik anak mmg satu cabaran...
anak bukan macam ikan...bg jek makan..

sebagai muslim...aku berazam buat ini dengan harapan anak anak aku jadi hamba Allah yang sholeh & hamba Allah yang sholehah jugak memuliakan kami selayaknya sebagai abbiy&ammiy

satu: sentiasa berdoa
**Amalan sewaktu mengandung 

- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)


**Amalan sepanjang membesarkan anak
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

dua: memberi dorongan

- anak mesti di dorong...bukan di takut takutkan

tiga: tegas dalam mendidik anak-anak.
- tegas bukan bermaksud memaksa anak mengikut telunjuk abbiy&ammiy, perasaan&kecenderungan anak mesti diutamakan...tetapi nilatetapi  - menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- sajes aktiviti / program untuk anak anak mendorong anak melakukan aktiviti tetapi masih pertidak memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak...
(terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak. Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images