"Ya Allah, Ya Hafiz, Ya Muhaimin...
Wahai Tuhan yang maha melindungi zuriat keturunanku daripada perkara yang mendatangkan kemarahan-Mu.
Saya tiada daya kuasa dan tidak mampu melindungi zuriat keturunanku sendiri melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah"
Time sibuk..sibuk melampau...
cuba buat 5 langkah mudah ini.
lepas 10 minit buat, baru Zeha
akan sedar.. ohh TAK SIBUK Pun!
abes, awat aku rasa jem sgt kepala ni?
.
walaupun dah biasa buat... step ke 5
mungkin belum biasa.
di dalam bentuk jadual, 3 column..
1- Tuliskan SEMUA perkara yang Zeha
rasa menyibukkan sangat tu
2- Tuliskan juga bila dateline
3- Tuliskan berapa lama agaknya
masa yang diperlukan untuk siap
1 jam? 5 minit? 1 hari?
4- Lepas selesai tulis segalanya,
masukkan dalam organizer, bila nak buat tu
5- Follow organizer tu. Tapi mulakan dengan
baca alquran. Niatkan,
"Ya Allah, saya ada banyak keje ni..
Allah tolonglah lapangkan masa saya..
Allah tolonglah bantu uruskan masa saya..
Allah tolonglah bagi saya fokus..
Allah tolonglah bantu org lain yg terlibat
saya mahu lebih masa bersama Allah..
untuk mendapat redha Allah..
dan kasih sayang Allah..
thank you Allah..
sebab sayang saya..
then baca Quran dan mulakan tugas anda..
PASTIKAN ADA BUKU QURAN DI MEJA SETIAP MASA.
ops!!! jangan tangguh!
**credit kepada Husna Haron
husnaharon@formulamasa.com
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah
Allahuakbar jauhnya saya nak capai syurga...moga2 hari ini yang berbaki saya jadikan lebih baik dan esok esok lebih baik daripada hari ini.
Terima Kasih kepada yang berkongsi
Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk sama-sama meraikan tahun baru hijrah di Maeps, Serdang. Mikail & Maryam memanglah sangat teruja..dapat naik trem..dapat tengok perarakan..dapat dengar selawat...dapat lambai Dato Jamil Khir Baharom...hahhaa
JAMU KUNYIT ASAM - ROYAL KERDATON
-Kunyit, Halia, Asam Jawa
-Temulawak,Temuireng,Temukunci
-Lempoyang, Daun Sirih, Gula Batu
-Majakani, Cekur
-Rempah Terpilih dan Air Bertapis.








