RESEPI : Sambal Kacang Ayam version pagi terlajak

2:27 PM

Rasanya keperluan la simpan resepi..dulu2 mak pun simpan resepi juga...bapak je yang macam takk de simpan resepi...sampaikan bila dia meninggal...rindu rasa je yang tinggal...huhu ish..kalau rindu..sedekahkan al-fatihah...jadi anak sholehah ye zeha...

Okay...ini resepi sambal kacang ayam..version bangun terlambat..tapi mmg layan..sedap dia sama je macam bangun pagi2 sangai2 kacang semua..hehe

Simpan siap2...sokmo lupa bila nk masak semula...


Resepi sambal kacang ayam
Bahan bahan:
**8 ketul ayam
**Halia
**Lengkuas
**Serai
**Udang kering
**200gm sambal pecal #pecalWakIna perasa biasa biasa aja

Cara memasak:
>> Renih ayam dalam kuali utk kecutkan ayam / buang airnya..
>> Tumbuk halia, lengkuas, udang kering dan ketuk serai.
>> Campurkan dengan ayam yang dah kecut tadi
>> Masukkan air dan biar sebati...agak2 dlm 10 minit renihkan...rasa2 la..hopefully tepat rsanya

selamat hari lahir

12:42 AM

Rasa macam takut nak tidur hari ni...
Kurang solat
Kurang mengaji
Kurang sedekah
Kurang bercakap baik baik
Kurang fikir baik baik
Kurang menjadi kawan yang baik
Kurang berbakti pada keluarga
Kurang sabar
Kurang redha
Kurang ikhlas
Kurang jujur
Kurang kurang kurang
kurangnya ibadah
Banyaknya lagho..
...allahu...ampuni daku..maafkan khilafku..banyaknya nak list...😢😢

manusia...maafkan aku...halalkan keterlanjuranku...

Tambah 1 angka...kurang 1 masa...

Selamat hari lahir. Moga allah beri sebaik2 tempat rehat dan sebaik2 tempat kembali buat emak dan bapak...juga buat daku,suamiku,zuriat keturunanku,ibu dan bapa mertuaku, adik beradikku, keluargaku dan kamu semua nanti...

Moga allah rezekikan segala kebaikan buat emak..bapak..adik beradik...kita dan kamu semua...

Pemecahan Lemak Pertama 2017

12:26 PM

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah hari ni hari sabtu 14/1/2017...dah 2 minggu 2017..baru dapat usahakan  salah 1 azam 2017!hahha

hopefully kekal istiqamah n jadi rutin yang tak ditinggalkan...hehe




Dani Mikail: Tahun kedua di Taski ABIM Saidatina Fatimah

1:09 PM



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah 3/1/2017 Dani Mikail successfully done his first day... 2017 Dani Mikail sekolah full day. start 8 AM until 6PM. Alhamdulillah masih di TASKI ABIM yang sama..kenapa tak tukar sekolah?

The main reason sebab lokasi...depan rumah je beb.hehe

Actually ammi punya impian nak anak yang huffaz quran..jadi pembimbing kesyurga diakhirat nanti. Semoga Dani Mikail jadi hamba Allah yang cerdik, berdikari, bertaqwa, ikhlas, sabar, amanah dan bertanggungjawab. Option yang ammiy ada kat Serdang untuk tujuan itu insyaallah banyak... Ade Brainy Bunch, ABS, APC, Little Caliph, Taski ABIM n PASTI..tengok...ammiy susun ikut harga...hahaha kat Serdang ni tadika berbayar memang banyak...tapi...Ammiy rasa seratus dua ratus lebihan tu baik simpan dulu..insyaallah ade keperluan dia dimasa hadapan...

Taski ABIM kat kawasan Serdang ni ada 3...Bukit Belimbing, Saidatina Fatimah n Hajar (associate partner). Diantara 3 Taski ni...Saidatina Fatimah paling ramai murid...2016 ade lebih daripada 50 murid! ramai tu. Tenaga pengajar 6 orang, tak termasuk pengurusan (3 orang). 

Actually study plan dia mcm tadika islamik standard...bukan lah mcm tadika2 masa kini yang ada assesment utk motor skill, left and right brain development semuua tu...actually semua tu ada..cuma tidak dihighlight.

So far sepanjang tahun lepas ammiy tengok banyak perubahan positive kat Dani Mikail.. Daripada penyegan sentiasa menyorok Dani Mikail dah pandai berkawan..Siap boleh berlawak ngan stranger lagi..hahaha kelakar la awak... Kenal huruf...boleh menulis, mengaji.. Sebab ammiy tak pernah home schooling awak..so ammiy rasa there's huge improvement on you! big clap anak sholehku!




Menjadi Baik

AZAM TAHUN BARU

12:16 PM

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Allah masih beri rezeki untuk bernafas dan menikmati hidup di dunia ini sebagai muslim. Banyak nya cacat cela, dosa dan khilaf aku ni sebagai hamba Allah tapi alhamdulillah... Allah masih tidak putus-putus beri nikmat dan rahmatnya.

Terima Kasih Allah untuk suami yang cuba menjadi baik, memahami..untuk anak2 yang baik, pintar, memahami...Keluarga yang baik...kawan-kawan yang baik...Walaupun selalu hati aku ni nakal dan bercelaru..marah-marah, merungut dan hilang ikhlas...betapa tak bersyukurnya aku ni kan..padahal kalau toleh kekanan pun dah boleh nampak betapa baiknya Allah pada aku ni..direzekikan dengan orang orang yang baik. Jangan jadi orang tak kenang budi sangat boleh!huhu

Aku ni memang bukan jenis manusia yang muhasabah..Selalunya bende yang dah lepas tu lepas camtu jek...kononnya nak post morterm..tapi hampeh. Akibatnya umo dah banyak camni pun masih camni jugek..huhuhu

Jadi sempena tahun baru ni..which is sebenarnya aku dah rasa nak buat bende ni sejak tahun baru hijrah 2014 lagi *lama gilak delay* aku nak usahakan tulis...stadi balik..huhu moga2 jadi hamba Allah lebih baik...Isteri lebih baik...Emak lebih baik...Anak lebih baik..Saudara lebih baik...kawan lebih baik...huhu

Azam tahun baru 2017 aku adalah:
Untuk jadi hamba Allah lebih baik:
1. Mengaji atleast 1 halaman setiap lepas waktu solat...
2. Bangun awal. siap awal. solat awal. tahajud tak tggal.
3. Cakap n doa yang baik2
4. Hati sentiasa berzikir.

Untuk jadi isteri lebih baik:
1. Jadi best friend Sham...huhu which is aku dah triggered masalah aku ni..aku tak boleh nak feel easy n support bila dia bercerita...apetah lagi kalau berdiskusi ngan dia..sampai 1 masa aku perasan senyuman dia lebih manis bila dia dengan orang luar. mean hati dia lega la kan..huhu
2. Make sure laki aku sihat.. jom fit 1Malaysia..ehehe

Untuk jadi emak lebih baik:
1. Jadi good role model n best buddy utk Dani Mikail n Maryam Imani..Ini mmg kuharap..takut sangat 1 day jadi jauh ngan diorang..Kurangkan marah marah and cuba paham jiwa diorang..eceihhhh
2. Ada masa berkualiti untuk diorang

Untuk jadi anak yang baik:
1. Projek tabung arwah bapak.

Eh kan dah betul..aku ni memang ade masalah nak menaip...huhu nanti aku kene taip lagi...tapi yang ni kene teruskan dulu..ehehe selamat tahun baru zeha!


Pokok Kenaf

11:14 AM

Keperluan tanaman
 • Kenaf boleh tumbuh di atas pelbagai jenis tanah iaitu daripada tanah liat hingga ke tanah peroi. Tanah yang paling sesuai untuk tanaman kenaf ialah tanah jenis peroi berpasir yang bersaliran baik dengan kandungan humus yang tinggi dan berkemampuan tinggi untuk menyerap air. 
• Suhu optimum untuk pertumbuhan ialah 25 – 28 °C, jumlah hujan 240 – 490 mm dengan taburan yang rata semasa kitaran pertumbuhan selama 4 – 5 bulan.
 • Tahap pH tanah yang optimum ialah 5.5 dan 6.5.
 • Tanaman ini peka terhadap jangka masa siang dan berbunga apabila waktu siang kurang daripada 12.5 jam. Semasa mula berbunga, pertumbuhan pokok berkurang dengan ketara, atau terus berhenti. Bagi mendapatkan hasil yang baik, seelok-eloknya kenaf ditanam pada musim hujan melainkan jika sumber pengairan disediakan.

sumber: http://ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/kenaf.pdf


anak soleh

#Terapi asmaulhusna: doa buat anakku

10:58 AM

"Ya Allah, Ya Hafiz, Ya Muhaimin...
Wahai Tuhan yang maha melindungi zuriat keturunanku daripada perkara yang mendatangkan kemarahan-Mu.
Saya tiada daya kuasa dan tidak mampu melindungi zuriat keturunanku sendiri melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah"


Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images