siri2::goliden..

12:36 PM

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.

Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony.

Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.

Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak.

Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.

Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan, dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".

p/s: hahaha
p/p/s: credit to thinker

goliden..

12:31 PM

Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

p/s: huhu haru jess
p/p/s: credit kpd thinker

Semoga aku tetap bersyukur

3:49 PM

"Wahai Tuhanku,
Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur
Akan nikmat-nikmatMU
yang Engkau kurniakan kepadaku
Dan kedua ibu-bapaku,
dan supaya daku tetap mengerjakan
amal soleh yang Engkau redha..
dan jadikanlah sifat-sifat
kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya daku bertaubat kepada-MU
dan sesungguhnya
daku dari orang-orang Islam (yang tunduk dan patuh kepada-MU)"
Amin,amin,amin..Ya Rabbal’alamin..

ANDA 18/40/60???!!

1:52 PM

Ini sebenarnya hukum...
Hukum dari Dr. Daniel Amen (http://www.amenclinics.com/)

Sapa dia ni?
ermmm daku pun belum kenal dia lagi...
nantilah daku suruh dia jumpa daku..
erm... tapi hukum yang dia listkan ni...membuat daku tertarik...

Hukum 18:
Pada umur 18 tahun, kita terlalu bimbang apa yang difikirkan oleh orang lain terhadap kita. Kita bimbang adakah mereka mengkritik tindakan kita, adakah mereka mengkritik cara pemakaian kita dan lain-lain.

Hukum 40:
Pada umur 40 tahun, kita mula tidak mengendahkan apa yang difikirkan oleh orang lain terhadap kita. Sebab itulah ramai yang mula berjaya apabila mereka meningkat pada umur 40 tahun. Tetapi apabila difikirkan semula, adakah itu tidak terlalu tua?

Hukum 60:
Pada umur 60 tahun barulah kita sedar, sebenarnya tiada sesiapa pun yang memikirkan tentang kita.Terkejut bukan. Selama ini kita selalu risau tentang pandangan orang lain terhadap diri kita. Kita menjadi takut untuk mencuba. Kita bimbang kita dipandang serong oleh orang lain. Sebenarnya tiada siapa yag memikirkan kita sepanjang masa. Apa yang mereka risaukan dan fikirkan adalah tentang diri mereka.
p/s: macam real aje..erm masih memikir2..yeop masa takkan pikirkan kita...

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images