Susahnya wat dosa...
Pegi disko bukan murah...
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge. Konon dapat free first drink.
Baik beli kat 7-11, baru RM2..
Pegi masjid xpayah bayar pun...
Bukan ke senang nak pahala?
Susahnya nak wat dosa...
Kalau nak berzina...
Erm, sewa hotel...makan²...habis duit
Kalu nasib baik, dapatlah kawin free..tapi masuk paper!malu beb...
Puasa sunat...
Jimat²...nafsu pon jd baik!
Bukan ke senang nak pahala?
Susahnya Nak Buat Dosa...
Nak jadi tamak...
Kumpul punya kumpul harta dunia,
tapi xjugak rasa kaya
Silap² hutang yang berjela²
Tapi kalu zuhud,
Sikit cukup, banyak menderma...
Bukan ke senang dapat pahala?
p/s: ermmm...betulbetulbetul! cakap banyak pun xguna
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran.Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin.
Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. “Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu.“Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu.” sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.“Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur. Jari jemariku lembut membelai rambutnya.Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk menguji isteriku. “Wa alaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur.
Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku.Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
“Kringggggg....”
“Tik..tik..tik..tik...”
“Kring.. kring..kring..”
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi...
"Selamat Pengantin Baru!
Jangan gopoh-gopoh.. Baru Pukul 2 pagi.
Jangan maree..
Ikhlas dari : Class of 92/93, SMKAS."
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!
p/s: haha..aku nak bg 10 jam loceng kat abg aku!
p/p/s: credit to thinker
Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.
Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.
Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony.
Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.
Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak.
Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.
Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan, dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".
p/s: hahaha
p/p/s: credit to thinker
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
p/s: huhu haru jess
p/p/s: credit kpd thinker
Akan nikmat-nikmatMU
Dan kedua ibu-bapaku,
amal soleh yang Engkau redha..
kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya daku bertaubat kepada-MU
daku dari orang-orang Islam (yang tunduk dan patuh kepada-MU)"
nantilah daku suruh dia jumpa daku..
erm... tapi hukum yang dia listkan ni...membuat daku tertarik...
Pada umur 18 tahun, kita terlalu bimbang apa yang difikirkan oleh orang lain terhadap kita. Kita bimbang adakah mereka mengkritik tindakan kita, adakah mereka mengkritik cara pemakaian kita dan lain-lain.
Hukum 40:
Pada umur 40 tahun, kita mula tidak mengendahkan apa yang difikirkan oleh orang lain terhadap kita. Sebab itulah ramai yang mula berjaya apabila mereka meningkat pada umur 40 tahun. Tetapi apabila difikirkan semula, adakah itu tidak terlalu tua?
Hukum 60:
Pada umur 60 tahun barulah kita sedar, sebenarnya tiada sesiapa pun yang memikirkan tentang kita.Terkejut bukan. Selama ini kita selalu risau tentang pandangan orang lain terhadap diri kita. Kita menjadi takut untuk mencuba. Kita bimbang kita dipandang serong oleh orang lain. Sebenarnya tiada siapa yag memikirkan kita sepanjang masa. Apa yang mereka risaukan dan fikirkan adalah tentang diri mereka.
