Pokok Kenaf

11:14 AM

Keperluan tanaman
 • Kenaf boleh tumbuh di atas pelbagai jenis tanah iaitu daripada tanah liat hingga ke tanah peroi. Tanah yang paling sesuai untuk tanaman kenaf ialah tanah jenis peroi berpasir yang bersaliran baik dengan kandungan humus yang tinggi dan berkemampuan tinggi untuk menyerap air. 
• Suhu optimum untuk pertumbuhan ialah 25 – 28 °C, jumlah hujan 240 – 490 mm dengan taburan yang rata semasa kitaran pertumbuhan selama 4 – 5 bulan.
 • Tahap pH tanah yang optimum ialah 5.5 dan 6.5.
 • Tanaman ini peka terhadap jangka masa siang dan berbunga apabila waktu siang kurang daripada 12.5 jam. Semasa mula berbunga, pertumbuhan pokok berkurang dengan ketara, atau terus berhenti. Bagi mendapatkan hasil yang baik, seelok-eloknya kenaf ditanam pada musim hujan melainkan jika sumber pengairan disediakan.

sumber: http://ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/kenaf.pdf


anak soleh

#Terapi asmaulhusna: doa buat anakku

10:58 AM

"Ya Allah, Ya Hafiz, Ya Muhaimin...
Wahai Tuhan yang maha melindungi zuriat keturunanku daripada perkara yang mendatangkan kemarahan-Mu.
Saya tiada daya kuasa dan tidak mampu melindungi zuriat keturunanku sendiri melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah"


makanan Jiwa

Membeli Masa Cara Yang Saya Suka...

3:07 PM

Time sibuk..sibuk melampau...
cuba buat 5 langkah mudah ini.
lepas 10 minit buat, baru Zeha
akan sedar.. ohh TAK SIBUK Pun!
abes, awat aku rasa jem sgt kepala ni?

.

walaupun dah biasa buat... step ke 5
mungkin belum biasa.

di dalam bentuk jadual, 3 column..
1- Tuliskan SEMUA perkara yang Zeha
rasa menyibukkan sangat tu

2- Tuliskan juga bila dateline

3- Tuliskan berapa lama agaknya
masa yang diperlukan untuk siap
1 jam? 5 minit? 1 hari?

4- Lepas selesai tulis segalanya,
masukkan dalam organizer, bila nak buat tu

5- Follow organizer tu. Tapi mulakan dengan
baca alquran. Niatkan,
"Ya Allah, saya ada banyak keje ni..
Allah tolonglah lapangkan masa saya..
Allah tolonglah bantu uruskan masa saya..
Allah tolonglah bagi saya fokus..
Allah tolonglah bantu org lain yg terlibat
saya mahu lebih masa bersama Allah..
untuk mendapat redha Allah..
dan kasih sayang Allah..
thank you Allah..
sebab sayang saya..


then baca Quran dan mulakan tugas anda..
PASTIKAN ADA BUKU QURAN DI MEJA SETIAP MASA.


ops!!! jangan tangguh!

**credit kepada Husna Haron 
husnaharon@formulamasa.com

Menjadi Baik

Perkara Hebat Nabi buat yang saya mesti boleh buat juga

5:30 PM


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah

Allahuakbar jauhnya saya nak capai syurga...moga2 hari ini yang berbaki saya jadikan lebih baik dan esok esok lebih baik daripada hari ini.

Terima Kasih kepada yang berkongsi

SELAMAT TAHUN BARU 1438H

12:05 PM

Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk sama-sama meraikan tahun baru hijrah di Maeps, Serdang. Mikail & Maryam memanglah sangat teruja..dapat naik trem..dapat tengok perarakan..dapat dengar selawat...dapat lambai Dato Jamil Khir Baharom...hahhaa


Masuk tahun baru..azam patut baru...saya sepatutnya menjadi hamba Allah yang sholehah, isteri sholehah, ibu sholehah, anak n adik sholehah..sahabat sholehah... demi agama Allah n diri saya sendiri..moga2 pengakhiran kita baik2 sahaja dan syurga abadi milik kita.






Asam Kunyit Kerdaton

Agen Jamu Asam Kunyit Royal Kerdaton

11:12 AM

 JAMU KUNYIT ASAM - ROYAL KERDATON

Jamu Kunyit Asam ini merupakan produk terbaru keluaran Etika Sihat Sdn Bhd yang juga merupakan parent company kepada Riverstone Eco Resort.

Jamu ringkas adunan dari bahan alami terdiri daripada :
-Kunyit, Halia, Asam Jawa
-Temulawak,Temuireng,Temukunci
-Lempoyang, Daun Sirih, Gula Batu
-Majakani, Cekur
-Rempah Terpilih dan Air Bertapis.

Merupakan Jamu Warisan tradisi yang amat popular dikalangan masyarakat jawa yang mana pada asalnya diminum semasa dalam pantang dan dinamakan Wejahan. Selain fungsi utamanya untuk memberikan kesegaran badan dan membuang angin, jamu ini juga sesuai untuk :
- Mengurangkan masalah berat badan
- Membuang angin
- Menghindarkan kanser
- Menaikkan seri wajah
- Melancarkan haid dan mengurangkan senggugut
- Menambahkan kesuburan
- Mengurangkan bau badan
- Menambah air susu utk ibu2 yang menyusukan, dan pelbagai lagi khasiat dan kebaikannya. 
Kunyit juga berfungsi sebagai antioksidan dan juga antibiotik.



Jamu Kunyit Asam 450ml @ RM20.00 sebotol.




Diminum 2 kali sehari iaitu 50 ml pagi dan 50ml sebelum tidur

Untuk menepati citarasa semasa dan boleh diminum oleh semua lapisan umur serta jantina, pihak kami telah menginovasikan jamu ini lebih kepada rasa jus enak yang boleh dinikmati setiap masa oleh sesiapa sahaja.

Ianya juga enak untuk dicampurkan didalam minuman kegemaran anda. Tea, tea tarik, kopi juga kopi o...lebih umpph jika diambil sejuk.



Rasainya pagi yang penuh dengan kesegaran dan keceriaan. Tiada lagi lenguh, sengal, penat dan malas. Cuba la sebotol hari ini....anda pasti inginkannya lagi. 

Hubungi norzaiha: 013 241 94 84 untuk pembelian

sumber: http://riverstoneecoresort.blogspot.my/2016/08/jamu-warisan.html

anak soleh

Dani Mikail: Hari Pertama di Taski ABIM Saidatina Fatimah Sri Serdang

3:25 PM

Seorang emak memang manusia biasa...banyak kadang rasa marah n fikir indahnya suatu masa dahulu...jaga diri sendiri tanpa kisahkan sesiapa disekelilingku..

Tapi anak itu anugerah..tiada mereka hilang 1 nikmat buatku..Bagaimana deepnya doa pada yang Esa mohon dianugerahkan kamu..begitu lah juga deepnya doa moga Allah jaga kamu..didekatkan hatimu dengan hatiku..berkongsi rasa dan peristiwa...sama-sama berjuang menjadi hamba Allah yang mengejar syurga..berjaya diakhirat juga berjaya didunia...

Dani Mikail..

Alhamdulillah dah 9 bulan gambar ni..hehe kalau mengandung..tgh tunggu hari beranak la..hehe mama simpan pic ni konon untuk simpanan masa hadapan...tapi asyik lupa je..hehe

Ini pic hari pertama mikail g Taski Abim Seri Serdang..alhamdulillah banyaknya perubahan Mikail since then..mama syukurrr sangat. Kiri tu muka kat sekolah..acik fiza hantar..yang kanan tu muka release dapat g umah wan..hehe


Ingat tak...hari pertama 4/1/2016. Abbiy hantar mikail g sekolah..tak pakai selipar..hehe angkat je terus g sekolah..nasib baik sekolah depan rumah je..hehe

Awak adalah sangat excited sebenarnya nak pegi sekolah..nak berkawan. Ammiy pun sangat excited nak awak bersekolah..duduk rumah Wan ade Amsyar, Iman, Maryam, Mira ngan Ina je kan..Awak macam sangat introvert..dengan sepupu sendiri pun xpandai nak berkawan...hehe

Alhamdulillah everything goes well first day tu...awak nangis sikit2 je...I know you can do it..biasalah tempat baru memang kekok sikit..Ammiy pun selalu rasa camtu..hehe *kantoi*

Balik tu Ammiy ambil n hantar awak ke rumah wan..awak memang sangat seronok..tapi awak beritahu awak belum ada kawan...*Ammiy sangat sedih*

Sampai rumah wan kebetulan ade uncle Saifullah depan rumah wan..hantar abang azim..memang rezeki dari Allah kan...so mama set minta uncle Saifullah ambil Mikail for the whole year...Bermulalah episod Abg Irwan transport Mikail ke rumah wan..Alhamdulillah things goes well.

Eh...ingat tak..on the second day tu..awak tak nak naik van!hehe ye lah 1st time nak naik van kan..walaupun before tu awak jugak yang cakap nak pegi sekolah naik van!hehe Alhamdulillah Ammiy berjaya convince awak untuk naik van and Ammiy ikut dari belakang..hehe itu memori indah tau! Walaupun jauh disudut hati Ammiy rasa jahat sebab membiarkan anak 4 tahun ku..naik van sendiri..semoga Allah menjagamu anak! semoga menjadi anak yang berdikari dan sentiasa mencari redha Allah...

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images