Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah hari ni hari sabtu 14/1/2017...dah 2 minggu 2017..baru dapat usahakan salah 1 azam 2017!hahha
hopefully kekal istiqamah n jadi rutin yang tak ditinggalkan...hehe
Actually ammi punya impian nak anak yang huffaz quran..jadi pembimbing kesyurga diakhirat nanti. Semoga Dani Mikail jadi hamba Allah yang cerdik, berdikari, bertaqwa, ikhlas, sabar, amanah dan bertanggungjawab. Option yang ammiy ada kat Serdang untuk tujuan itu insyaallah banyak... Ade Brainy Bunch, ABS, APC, Little Caliph, Taski ABIM n PASTI..tengok...ammiy susun ikut harga...hahaha kat Serdang ni tadika berbayar memang banyak...tapi...Ammiy rasa seratus dua ratus lebihan tu baik simpan dulu..insyaallah ade keperluan dia dimasa hadapan...
Taski ABIM kat kawasan Serdang ni ada 3...Bukit Belimbing, Saidatina Fatimah n Hajar (associate partner). Diantara 3 Taski ni...Saidatina Fatimah paling ramai murid...2016 ade lebih daripada 50 murid! ramai tu. Tenaga pengajar 6 orang, tak termasuk pengurusan (3 orang).
Actually study plan dia mcm tadika islamik standard...bukan lah mcm tadika2 masa kini yang ada assesment utk motor skill, left and right brain development semuua tu...actually semua tu ada..cuma tidak dihighlight.
So far sepanjang tahun lepas ammiy tengok banyak perubahan positive kat Dani Mikail.. Daripada penyegan sentiasa menyorok Dani Mikail dah pandai berkawan..Siap boleh berlawak ngan stranger lagi..hahaha kelakar la awak... Kenal huruf...boleh menulis, mengaji.. Sebab ammiy tak pernah home schooling awak..so ammiy rasa there's huge improvement on you! big clap anak sholehku!
Keperluan tanaman
• Kenaf boleh tumbuh di atas pelbagai jenis tanah iaitu daripada tanah liat hingga
ke tanah peroi. Tanah yang paling sesuai untuk tanaman kenaf ialah tanah jenis
peroi berpasir yang bersaliran baik dengan kandungan humus yang tinggi dan
berkemampuan tinggi untuk menyerap air.
• Suhu optimum untuk pertumbuhan ialah 25 – 28 °C, jumlah hujan 240 – 490 mm
dengan taburan yang rata semasa kitaran pertumbuhan selama 4 – 5 bulan.
• Tahap pH tanah yang optimum ialah 5.5 dan 6.5.
• Tanaman ini peka terhadap jangka masa siang dan berbunga apabila waktu siang
kurang daripada 12.5 jam. Semasa mula berbunga, pertumbuhan pokok berkurang
dengan ketara, atau terus berhenti. Bagi mendapatkan hasil yang baik, seelok-eloknya
kenaf ditanam pada musim hujan melainkan jika sumber pengairan disediakan.
sumber: http://ebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/kenaf.pdf
"Ya Allah, Ya Hafiz, Ya Muhaimin...
Wahai Tuhan yang maha melindungi zuriat keturunanku daripada perkara yang mendatangkan kemarahan-Mu.
Saya tiada daya kuasa dan tidak mampu melindungi zuriat keturunanku sendiri melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah"
Time sibuk..sibuk melampau...
cuba buat 5 langkah mudah ini.
lepas 10 minit buat, baru Zeha
akan sedar.. ohh TAK SIBUK Pun!
abes, awat aku rasa jem sgt kepala ni?
.
walaupun dah biasa buat... step ke 5
mungkin belum biasa.
di dalam bentuk jadual, 3 column..
1- Tuliskan SEMUA perkara yang Zeha
rasa menyibukkan sangat tu
2- Tuliskan juga bila dateline
3- Tuliskan berapa lama agaknya
masa yang diperlukan untuk siap
1 jam? 5 minit? 1 hari?
4- Lepas selesai tulis segalanya,
masukkan dalam organizer, bila nak buat tu
5- Follow organizer tu. Tapi mulakan dengan
baca alquran. Niatkan,
"Ya Allah, saya ada banyak keje ni..
Allah tolonglah lapangkan masa saya..
Allah tolonglah bantu uruskan masa saya..
Allah tolonglah bagi saya fokus..
Allah tolonglah bantu org lain yg terlibat
saya mahu lebih masa bersama Allah..
untuk mendapat redha Allah..
dan kasih sayang Allah..
thank you Allah..
sebab sayang saya..
then baca Quran dan mulakan tugas anda..
PASTIKAN ADA BUKU QURAN DI MEJA SETIAP MASA.
ops!!! jangan tangguh!
**credit kepada Husna Haron
husnaharon@formulamasa.com
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah
Allahuakbar jauhnya saya nak capai syurga...moga2 hari ini yang berbaki saya jadikan lebih baik dan esok esok lebih baik daripada hari ini.
Terima Kasih kepada yang berkongsi



